July 18, 2012

‘’Apakah doa kamu’’




‘Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat’’

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukn suami yang soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu ,benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga selepas doa’  mungkin sudah dimakbulkan Allah. 

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutan kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat, sedangkan sebelum kahwin dia kita mahukan yang soleh. Sedang si isteri sedap tidur diwaktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajjud. ‘’apalah suamiku ini?’’ runggut si isteri, dulu si gadis mahukan si soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajjud, dia marah2 pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajipkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati.  Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan isteri tutup aurat, Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Suami yang soleh tidak akan duduk dirumah sahaja-‘berada dibawah ketiak isteri sepanjang hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh.Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang, sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang2 balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila  dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki soleh juga menjadikan masjd sebagai ‘rumah ke2nya’. Ini  pun wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada ke2 ibu-bapanya.Malah baktinya kepada ke2 ibu-bapa melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ke2 ibu-bapanya) bila dapat, anda marah pula! Macam mana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah2. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Diapun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang2 yang mewah separti rumah besar, kereta besar dan rangtai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun adai steri yang tak gemar, jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh hanya mahujauhkn diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kawin empat. Ini memang manaperempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh??
Demikian banyaknya perkara tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh . berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, Jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah megeluh, sebaliknya bersyukur kerana mendapat suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, (isteri2 Rasulullah S.A.W sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia kesenangan) atau akhirat. Akhiranya mereka memilih akhirat.
….Insan: akhi Faqierullah...



                                                           ~~***~~
_______________________________________________________________________________

                                                           ~~***~~

Agenda mencari yang soleh. Jangan pula hanya sibuk mencari yang soleh tapi perlu juga cuba untuk menjadi yang solehah, jangan pula sampai merendahkan harga diri jika hanya ingin mencari cinta yang tidak halal, berkenalan jika hanya suka2 itu hanya sia2, dan menyebabkan cinta nafsu, lagi menuju ke arah zina, zina mata dan zina hati...tapi jika betul2 serius dan sudah bersedia mendirikan masjid maka xsalah untuk berkenalan, dan nyatakan hasrat dihati melalui orang tengah....wallahu'alam..

July 13, 2012

Fathimah az-zahra rha dan Gilingan Gandum..

Oleh kerana setiap kehidupan pasti ada suka dan duka, dan juga saat bahagia. Dan begitu juga dalam kehidupan rumah tangga pasti ada ujian dengan kemiskinan, kekurangan dan kelemahan pasangan, mungkin ramai dikalangan remaja2 dan wanita2 yg tidak akan menyangka bahawa tiada kesulitan akan timbul selepas berumah tangga...kerana apa yang mereka nampak dalam alam pernikahan hanya kebahagiaan, disini amat perlulah kesediaan dalam menghadapinya, lagi kesabaran, sebab itu pentingya mencari yang lebih utama kerana agamanya, bukan harta, bukan rupa, bukan juga kerana keturunannya.....

________________________________________________________________________

Suatu hari masuklah Rasulullah s.a.w. menemui anakdanya Fathimah az- zahra rha. Didapatinya anakdanya sedang menggiling syair (sejenis padi- padian) dengan menggunakan sebuah penggilingan tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah s.a.w. bertanya pada anakdanya, "Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fathimah?, semoga Rasulullah s.a.w. tidak menyebabkan matamu menangis". Fathimah rha. berkata, "Ayahanda, penggilingan dan urusan- urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakda menangis". Lalu duduklah Rasulullah s.a.w. di sisi anakdanya. Fathimah rha. melanjutkan perkataannya, "Ayahanda sudikah kiranya ayahanda meminta 'aliy (suaminya) mencarikan anakda seorang jariah untuk menolong anakda menggiling gandum dan mengerjakan pekerjaan- pekerjaan di rumah".

Mendengar perkataan anakdanya ini maka bangunlah Rasulullah s.a.w. mendekati penggilingan itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya di dalam penggilingan tangan itu seraya diucapkannya "Bismillaahirrahmaanirrahiim". Penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. meletakkan syair ke dalam penggilingan tangan itu untuk anakdanya dengan tangannya sedangkan penggilingan itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah s.w.t. dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digilingnya.

Rasulullah s.a.w. berkata kepada gilingan tersebut, "Berhentilah berputar dengan izin Allah s.w.t.", maka penggilingan itu berhenti berputar lalu penggilingan itu berkata-kata dengan izin Allah s.w.t. yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Maka katanya dalam bahasa Arab yang fasih, "Ya Rasulullah s.a.w. , demi Allah s.w.t. Tuhan yang telah menjadikan Baginda s.a.w. dengan kebenaran sebagai Nabi dan Rasul- Nya, kalaulah Baginda s.a.w. menyuruh hamba menggiling syair dari Masyriq dan Maghrib pun niscaya hamba gilingkan semuanya. 

Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah s.w.t.suatu ayat yang bermaksud: 

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan- Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan". 

Maka hamba takut, ya Rasulullah s.a.w. kelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda kepada batu penggilingan itu, "Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fathimah az-zahra di dalam syurga". Maka bergembiralah penggilingan batu itu mendengar berita itu kemudian diamlah ia.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anakdanya, "Jika Allah s.w.t. menghendaki wahai Fathimah, niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah s.w.t. menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan oleh- Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat- Nya untukmu beberapa derajat. Ya Fathimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah s.w.t. menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajat".

 "Ya Fathimah perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah s.w.t. menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit. Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka maka Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang.

‘’ Ya Fathimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetangga-tetangganya maka Allah s.w.t. akan menghalanginya dari meminum air telaga Kautshar pada hari kiamat". "Ya Fathimah, yang lebih utama dari itu semua adalah keridhaan suami terhadap istrinya. Jikalau suamimu tidak ridha denganmu tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fathimah bahawa ridha suami itu daripada Allah s.w.t. dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah s.w.t.?.

‘’Ya Fathimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah s.w.t. akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah s.w.t. mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. yakni berperang sabil. 

Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa- dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkannya dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga, dan Allah s.w.t. akan mengkurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari kiamat.

" Perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah s.w.t. akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah s.w.t. akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikaruniakan Allah s.w.t. untuknya seribu pahala haji dan umrah. Ya Fathimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah s.w.t. akan memandangnya dengan pandangan rahmat.

‘’ Ya Fathimah perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), 

"Teruskanlah 'amalmu maka Allah s.w.t. telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang". Ya Fathimah, perempuan mana yang meminyak- kan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah s.w.t. akan memberinya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah s.w.t. akan meringankan sakaratulmaut-nya, dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari api neraka dan selamatlah ia melintas di atas titian Shirat"...

July 4, 2012

(¯`*• SIAPA KATA LELAKI TAK BOLEH MENANGIS??•* ´¯)



Tahukah kamu, lelaki sesungguhnya lebih kerap “menangis” Namun mereka menyembunyikan tangisnya di dalam kekuatan akalnya.

Lelaki menangis kerana memikirkan besarnya tanggung jawab yang bakal disoal oleh Tuhan kelak..Ia menjadi tonggak dan pemimpin dalam rumah tangga..Menjadi penjaga kepada ibu, saudara perempuan, isteri dan anak- anaknya. Maka tangisnya tak akan pernah kelihatan di kelopak matanya.....

Tangis lelaki adalah pada keringat yang bercucuran demi menafkahi keluarganya. Tak akan kau lihat tangisnya pada keluh kesah di lisannya.

Lelaki “menangis” dalam letih dan lelahnya menjaga keluarganya dari kelaparan. Tak akan dapat kau dengar tangisnya pada bicara di bibirnya,

Lelaki “menangis” dalam tegak dan teguhnya dalam melindungi keluarganya dari terik matahari, deras hujan dan dinginnnya angin malam. Tak akan sesekali kau nampak tangisnya pada peristiwa-peristiwa kecil dan remeh,

Lelaki “menangis” dalam kemarahannya jika kehormatan diri dan keluarganya digugat.

Lelaki “MENANGIS” dengan bangunnya mereka di kegelapan dini hari,

Lelaki “MENANGIS” dengan bercucuran peluhnya dalam mencari rezeki,

Lelaki “MENANGIS” dengan menjaga dan melindungi orang tua, anak dan isteri, Lelaki “MENANGIS” dengan tenaga dan darahnya menjadi galang ganti bagi agamanya, Namun… Lelaki akan sentiasa bersungguh- sungguh menangis dengan air matanya kerana mereka menyedari tanggung jawab yang besar di hadapan Tuhannya kelak…segala- galanya akan dipersoalkan kembali. Pandanglah Ayah ….. Pandanglah Suami ….. Pandanglah Abang ….. Sesungguhnya mereka sedang “menangis”…tidakkah engkau sedar???

____________________________________________________________________


tapi alangkah beruntungnya jika seorang lelaki yang bangun pada malam harinya dan menangis kerana takutkan Allah, dan menangisi kerana banyak dosanya, tapi dalam kehidupan ini bukanlah semudah itu untuk menjadi seorang lelaki meniti pada jalan yang lurus kerana banyak liku2 dan cabangnya, hanya dengan kesabaran itu dalam berbakti, hanya perlu pada perubahan diri sendiri........


Hak Seorang Ibu

                                                   
*Ingin sekali aq mengasihani padanya dengan setulus kasihku,

*Ingin sekali aq merindui pada jarak ini dengan segenap jiwaku,

*Ingin sekali aq menyatakan isi hati ini padanya dengan kebenaran,

*Ingin sekali aq menuju syurga dengan keredhaanya

*Sesungguhnya dialah ibuku yang menjadi penenang hati, pengubat jiwaku dikala aq memandangnya..

Tak salah merindui pada yang berhak, tak salah mengasihi pada yang memerlukan, tiadalah salah menyatakan pada yang sudi mendengar,

Tapi yang paling berhak atasku dan sesungguhnya dialah Ibuku, bagaimana kasih yang ibu harapkan, mampukah aq mengasihani ibuku sebagaimana ibu mengasihiku, mungkin seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya tapi mampukah sepuluh orang anaknya menjaga seorang ibu, itulah yang menjadi persoalan. Dan pada hari ini, di zaman ini, yang menghampiri pengujungnya, tanda-tanda kiamat sudah menghampiri........mungkin tiada siapa yang menyedari kerna terlalu keasyikan dengan dunia, dan amat jelas ramai anak-anak yang menderhakai ibu,

Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Sayidatina Aisyah yang bermaksud: ''Aku pernah bertanya kepada baginda, ''siapakah yang paling berhak ke atas isteri? ''Baginda menjawab: ''Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya. ''Kemudian aku bertanya lagi, ''Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami? ''Baginda menjawab: ''Orang yang paling berhak ke atas suami ialah ibu kandungnya. ''(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim).

Itu adalah jawapan kepada wanita-wanita bertanya. kenapa hanya isteri yang wajip taat kepada suami, tapi sebaliknya suaminya juga perlu taat kepada ibunya.....sebagaimana seorang wanita apabila berkahwin secara automatik keredhaan-Nya terletak pada pada suaminya, manakala seorang lelaki ataupun suami tetap dan tak akan berubah kerana keredhaan-Nya hanyalah terletak pada seorang ibunya yang kandung....wallahua'lam.....