June 23, 2012

''Wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu'' Sayidatina Fatimah..



          ‘’Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut’’.

*Rasulullah s.a.w., dengan sahabat- sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

*Abu bakar r.a. berkata, "Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". ~Umar r.a. berkata, "Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

*Utsman r.a. berkata, "Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

*'Ali r.a. berkata, "Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

*Fatimah r.ha.berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

 *Rasulullah s.a.w. berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

*Malaikat Jibril a.s. berkata, "Menegakkan pilar-pilar (Rukun Islam) agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut’’.

*Allah s.w.t berfirman,’’syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut’’...




By: Kisah Teladan.

June 10, 2012

Lelaki di akhir zaman ini payah untuk ditemui....


Akhi…….

Ku berfikir~
Lelaki di akhir zaman ini payah untuk kutemui..
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri,
Yang kini hanya sibuk dengan urusan mengumpul dunia,
walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya…

 Ku berfikir~
Lelaki di akhir zaman ini susah untuk kutemui….
Yang benar-benar takut pada Ilahi,
Yang sentiasa mendambakan kasih Ilahi,
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani,
Yang melalaikan orang dan diri sendiri,

Ku berfikir~
Lelaki di akhir zaman ini Sukar untuk kutemui,
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam di jiwa,
Menggunakan profesionalnya sebagai matlamat ke akhirat  sana,
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka,
Yang hidupnya lebih  berat dari barat,
Ibadat dan amal terasa amat berat….

Ku berfikir~
Lelaki di akhir zaman ini payah untuk kutemui,
Yang sentiasa bergelumun dengan majlis ilmu yang bermanfaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu,
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada,
Tapi ilmu fardhu ainya kosong belaka…

Ku berfikir ~
Lelaki di akhi zaman ini  susah untuk kutemui
Nama: Toriq Ziad.....From Mansuroh.
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat,
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat,
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat,
Yang ada Cuma menghidupkan sunnah barat,
Dan melupakan kehidupan akhirat…

Ku berfikir~…
Lelaki di akhir zaman ini sukar untuk kutemui,
Yang sentiasa bermunajat dan berfikir,
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir,

Namun ku tetap berfiikir~….
Pasti masih ada lagi Lelaki di akhir zaman ini seperti yang kufikir….~
...By:Tarbiyyah Si Kecil
---------------------------------------------------------------------- 
...Dan aku sendiri memikirkan adakah aku dikalangan lelaki terakhir itu, muhasabah untuk diri sendiri sama2 ubah diri sendiri kearah kebaikan bersama mencari keredhaan-Nya......


June 6, 2012

''Diam itu lebih baik''


Cinta? Diamkanlah...


 Diam itu lebih baik. Itu yang ingin saya kongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala- galanya kepada Allah S.W.T.


Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu. DIAM ITU LEBIH BAIK.


Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui. Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.


Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?


Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua- dua tanganmu."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.


" Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?


Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.


Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T. Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi.


Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati.


Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya. Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli.


Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.


Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.


Untuk Hawa.. Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.


Untuk Adam.. Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa.


Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.


Bisik hatiku: "Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku." "Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik." Ya Allah... Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah... Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah... Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah... Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...(Sumber )


May 16, 2012

74 wasiat untuk PEMUDA



          Segala puji bagi Allah yang berfirman:“Dan sungguh Kami telah memerintahkan orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu; bertakwalah kepada Allah.” (An-Nisa’: 131 ) Serta shalawat dan salam semoga senantiasa tercurah kepada hamba dan rasul-Nya Muhammad yang bersabda: “Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah , serta agar kalian mendengar dan patuh.”Dan takwa kepada Allah adalah mentaati- Nya dengan melaksanakan perintah- Nya dan menjauhi larangan-Nya. Wa ba’du: Berikut ini adalah wasiat islami yang berharga dalam berbagai aspek seperti ibadah, muamalah, akhlak, adab dan yang lainnya dari sendi- sendi kehidupan.

         Kami persembahkan wasiat ini sebagai peringatan kepada para pemuda muslim yang senantiasa bersemangat mencari apa yang bermanfaat baginya, dan sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. Kami memohon kepada Allah agar menjadikan hal ini bermanfaat bagi orang yang membacanya ataupun mendengarkannya. Dan agar memberikan pahala yang besar bagi penyusunnya, penulisnya, yang menyebarkannya ataupun yang mengamalkannya. Cukuplah bagi kita Allah sebaik-baik tempat bergantung.



1. Ikhlaskanlah niat kepada Allah dan hati-hatilah dari riya’ baik dalam perkataan ataupun perbuatan.


2. Ikutilah sunnah Nabi dalam semua perkataan, perbuatan, dan akhlak.


3. Bertaqwalah kepada Allah dan ber’azamlah untuk melaksanakan semua perintah dan menjauhi segala larangan-Nya.


4. Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nashuha dan perbanyaklah istighfar.


5. Ingatlah bahwa Allah senatiasa mengawasi gerak-gerikmu. Dan ketahuilah bahwa Allah melihatmu, mendengarmu dan mengetahui apa yang terbersit di hatimu.


6. Berimanlah kepada Allah, malaikat- Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhir serta qadar yang baik ataupun yang buruk.


7. Janganlah engkau taqlid (mengekor) kepada orang lain dengan buta (tanpa memilih dan memilah mana yang baik dan yang buruk serta mana yang sesuai dengan sunnah/syari’at dan mana yang tidak). Dan janganlah engkau termasuk orang yang tidak punya pendirian.


8. Jadilah engkau sebagai orang pertama dalam mengamalkan kebaikan karena engkau akan mendapatkan pahalanya dan pahala orang yang mengikuti/mencontoh mu dalam mengamalkannya.


9. Peganglah kitab Riyadlush Shalihin, bacalah olehmu dan bacakan pula kepada keluargamu, demikian juga kitab Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim.


10. Jagalah selalu wudlu’mu dan perbaharuilah. Dan jadilah engkau senantiasa dalam keadaan suci dari hadats dan najis.


11. Jagalah selalu shalat di awal waktu dan berjamaah di masjid terlebih lagi sahalat ‘Isya dan Fajr (shubuh).


12. Janganlah memakan makanan yang mempunyai bau yang tidak enak seperti bawang putih dan bawang merah. Dan janganlah merokok agar tidak membahayakan dirimu dan kaum muslimin.


13. Jagalah selalu shalat berjamaah agar engkau mendapat kemenangan dengan pahala yang ada pada shalat berjamaah tersebut.


14. Tunaikanlah zakat yang telah diwajibkan dan janganlah engkau bakhil kepada orang-orang yang berhak menerimanya.


15. Bersegeralah berangkat untuk shalat Jumat dan janganlah berlambat-lambat sampai setelah adzan kedua karena engkau akan berdosa.


 16. Puasalah di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar Allah mengampuni dosa-dosamu baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.
   
 17. Hati-hatilah dari berbuka di siang hari di bulan Ramadhan tanpa udzur syar’i sebab engkau akan berdosa karenanya.


18. Tegakkanlah shalat malam (tarawih) di bulan Ramadhan terlebih- lebih pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah agar engkau mendapatkan ampunan atas dosa-dosamu yang telah lalu.


19. Bersegeralah untuk haji dan umrah ke Baitullah Al-Haram jika engkau termasuk orang yang mampu dan janganlah menunda-nunda. 20. Bacalah Al-Qur’an dengan mentadaburi maknanya. Laksanakanlah perintahnya dan jauhi larangannya agar Al-Qur’an itu menjadi hujjah bagimu di sisi rabmu dan menjadi penolongmu di hari qiyamat.


 21. Senantiasalah memperbanyak dzikir kepada Allah baik perlahan- lahan ataupun dikeraskan, apakah dalam keadaan berdiri, duduk ataupun berbaring. Dan hati-hatilah engkau dari kelalaian.


22. Hadirilah majelis-majelis dzikir karena majelis dzikir termasuk taman surga.


23. Tundukkan pandanganmu dari aurat dan hal-hal yang diharamkan dan hati-hatilah engkau dari mengumbar pandangan, karena pandangan itu merupakan anak panah beracun dari anak panah Iblis.


24. Janganlah engkau panjangkan pakaianmu melebihi mata kaki dan janganlah engkau berjalan dengan kesombongan/keangkuhan.


25. Janganlah engkau memakai pakaian sutra dan emas karena keduanya diharamkan bagi laki-laki.


26. Janganlah engkau menyeruapai wanita dan janganlah engkau biarkan wanita-wanitamu menyerupai laki- laki.


27. Biarkanlah janggutmu karena Rasulullah: “Cukurlah kumis dan panjangkanlah janggut.” (HR. Bukhari Dan Muslim)


28. Janganlah engkau makan kecuali yang halal dan janganlah engkau minum kecuali yang halal agar doamu diijabah.


29. Ucapkanlah "bismillah" ketika engkau hendak makan dan minum dan ucapkanlah "alhamdulillah" apabila engkau telah selesai.


30. Makanlah dengan tangan kanan, minumlah dengan tangan kanan, ambillah dengan tangan kanan dan berilah dengan tangan kanan.


31. Hati-hatilah dari berbuat kezhaliman karena kezhaliman itu merupakan kegelapan di hari kiamat.


32. Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin dan janganlah dia memakan makananmu kecuali engkau dalam keadaan bertaqwa (dengan ridla dan memilihkan makanan yang halal untuknya).


33. Hati-hatilah dari suap-menyuap (kolusi), baik itu memberi suap, menerima suap ataupun perantaranya, karena pelakunya terlaknat. 34. Janganlah engkau mencari keridlaan manusia dengan kemurkaan Allah karena Allah akan murka kepadamu.

35. Ta’atilah pemerintah dalam semua perintah yang sesuai dengan syari’at dan doakanlah kebaikan untuk mereka.


36. Hati-hatilah dari bersaksi palsu dan menyembunyikan persaksian. “Barangsiapa yang menyembunyikan persaksiannya maka hatinya berdosa. Dan Allah maha mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Baqarah: 283 )


37. “Dan ber amar ma’ruf nahi munkarlah serta shabarlah dengan apa yang menimpamu.” (Luqman: 17) Ma’ruf adalah apa-apa yang diperintahkan oleh Allah dan rasul- Nya , dan munkar adalah apa-apa yang dilarang oleh Allah dan rasul- Nya.


38. Tinggalkanlah semua hal yang diharamkan baik yang kecil ataupun yang besar dan janganlah engkau bermaksiat kepada Allah dan janganlah membantu seorangpun dalam bermaksiat kepada-Nya.


39. Janganlah engkau dekati zina. Allah berfirman: “Janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah kekejian dan sejelek-jelek jalan.” (Al-Isra’:32) 40. Wajib bagimu berbakti kepada orang tua dan hati-hatilah dari mendurhakainya.


41. Wajib bagimua untuk silaturahim dan hati-hatilah dari memutuskan hubungan silaturahim.


42. Berbuat baiklah kepada tetanggamu dan janganlah menyakitinya. Dan apabila dia menyakitimu maka bersabarlah.


43. Perbanyaklah mengunjungi orang-orang shalih dan saudaramu di jalan Allah.

44. Cintalah karena Allah dan bencilah juga karena Allah karena hal itu merupakan tali keimanan yang paling kuat.


45. Wajib bagimu untuk duduk bermajelis dengan orang shalih dan hati-hatilah dari bermajelis dengan orang-orang yang jelek.


46. Bersegeralah untuk memenuhi hajat (kebutuhan) kaum muslimin dan buatlah mereka bahagia.


47. Berhiaslah dengan kelemahlembutan, sabar dan teliti. Hatilah-hatilah dari sifat keras, kasar dan tergesa-gesa.


48. Janganlah memotong pembicaraan orang lain dan jadilah engkau pendengar yang baik.


49. Sebarkanlah salam kepada orang yang engkau kenal ataupun tidak e ngkau kenal.


50. Ucapkanlah salam yang disunahkan yaitu "assalamualaikum" dan tidak cukup hanya dengan isyarat telapak tangan atau kepala saja.


51. Janganlah mencela seorangpun dan mensifatinya dengan kejelekan.


52. Janganlah melaknat seorangpun t ermasuk hewan dan benda mati.


53. Hati-hatilah dari menuduh dan mencoreng kehormatan orang lain karena hal itu termasuk dosa yang paling besar.


54. Hati-hatilah dari namimah (mengadu domba), yakni menyampaikan perkataan di antara manusia dengan maksud agar terjadi kerusakan di antara mereka.


55. Hati-hatilah dari ghibah, yakni engkau menceritakan tentang saudaramu apa-apa yang dia benci jika mengetahuinya.


56. Janganlah engkau mengagetkan, menakuti dan menyakiti sesama muslim. 57. Wajib bagimu melakukan ishlah (perdamaian) di antara manusia karena hal itu merupakan amalan yang paling utama.


58. Katakanlah hal-hal yang baik, jika tidak maka diamlah.


59. Jadilah engkau orang yang jujur dan janganlah berdusta karena dusta akan mengantarkan kepada dosa dan dosa mengantarakan kepada neraka.


60. Janganlah engkau bermuka dua. Datang kepada sekelompok dengan satu wajah dan kepada kelompok lain dengan wajah yang lain. 61. Janganlah bersumpah dengan selain Allah dan janganlah banyak bersumpah meskipun engkau benar.


62. Janganlah menghina orang lain karena tidak ada keutamaan atas seorangpun kecuali dengan taqwa.


63. Janganlah mendatang dukun, ahli nujum serta tukang sihir dan jangan membenarkan (perkataan) mereka.


64. Janganlah menggambar gambar manuasia dan binatang. Sesungguhnya manusia yang paling keras adzabnya pada hari kiamat adalah tukang gambar.


65. Janganlah menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumahmu karena akan menghalangi malaikat untuk masuk ke rumahmu.


66. Tasymitkanlah orang yang bersin dengan membaca: "yarhamukallah" apabila dia mengucapkan: "alhamdulillah"


67. Jauhilah bersiul dan tepuk tangan.


68. Bersegeralah untuk bertaubat dari segala dosa dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan karena kebaikan tersebut akan menghapuskannya. Dan hati-hatilah dari menunda-nunda. 69. Berharaplah selalu akan ampunan Allah serta rahmat-Nya dan berbaik sangkalah kepada Allah .


70. Takutlah kepada adzab Allah dan janganlah merasa aman darinya.


71. Bersabarlah dari segala mushibah yang menimpa dan bersyukurlah dengan segala
kenikamatan yang ada.


72. Perbanyaklah melakukan amal shalih yang pahalanya terus mengalir meskipun engkau telah mati, seperti membangun masjid dan menyebarakan ilmu.


73. Mohonlah surga kepada Allah dan berlindunglah dari nereka.


74. Perbanyaklah mengucapkan shalawat dan salam kepada Rasulullah. Shalawat dan salam senantiasa Allah curahkan kepadanya sampai hari kiamat juga kepada keluarganya dan seluruh shahabatnya.


(Diterjemahkan dari buletin berjudul 75 Washiyyah li Asy-Syabab terbitan Daarul Qashim Riyadl-KSA oleh Abu Abdurrahman Umar Munawwir) sumber; Tarbiah Si Kecil.