November 20, 2012

Cahaya Yang Gemerlap


Terkadang hidup ini lalai dengan keenakan dunia dan terlena dengan keasyikannya, bila hati itu keras maka timbullah rasa dan kesedaran bahawa bahawa diri ini telah jauh dengan-Nya lagi2 rahmat-Nya, amat jauh sekali....

Tanyakan pada diri dimanakah iman dan taqwa, tidak cukup hanya mengatakan dengan lidah dan hati tapi mata dan perbuatan tidak terjaga...

Di dunia ini hanya sekali hidup, hanya satu nyawa pada satu jasad. Peluang mungkin hanya sekali untuk bertaubat, selagi roh masih lagi di jasad bertaubatlah, pintu taubat sentiasa terbuka untuk orang-orang yang bertaubat...... ingatilah mati, mati……..

Mengingati diri sendiri bahawa syaitan itu adalah musuh ketat dan amat nyata lagi kejahatannya tapi sebagai manusia biasa akan tergoda juga, maka sebagai seorang manusia memang seharusnya melawannya dengan iman dan taqwa.…

Di dunia ini tiada seorangpun yang tak pernah melakukan kesilapan, oleh itu orang yang lebih baik sekali adalah orang yang sentiasa bertaubat dan menyesali akan kesilapannya yang lalu........

Apabila kita menyuruh kepada kebaikan ataupun menyuruh orang lain buat kebaikan tapi bagaimana sedangkan kita sendiri ada kesilapan, dan perkara itulah kita sendiri harus perbetulkan......berusaha untuk untuk melakukan apa kita suruh orang lain lakukan.....

Ingatlah.........kita tidak jadi baik kerana kita berada di tempat yang baik, tapi kita akan jadi baik kerana kita berusaha untuk menjadikan kebaikan dimanapun kita berada. Di manapn kita berada kita harus berperanan sebagai hamba Allah yang dilahirkan di dunia dengan amanah yang besar amanah itu dimana kita berada kita mulia kerananya.......

Jalan yang satu


Masih aku disini menanti hari
Detik waktu yang belum pasti menjadi
milikku seketika langkah terhalang
taatkala hari menggelap,

Merangkak-rangkak aku dibawah
Cahaya rembulan hanya samar-samar
cahaya menyuluh meneruskan langkah
berterusan untuk menagih kasih Ilahi,

Ku bukan di rimba tapi perpasiran
penuh duri di perjalanan menusuk qalbu 
menguji imanku hanya sabar jalan yang terbaik 
asam dan garam terkadang kepahitan,

Bukan hanya satu tapi jalan yang
penuh berliku terkadang lalai dalam 
mencari cahaya sinar yang hadir bila ada 
sahabat setia menunjuk arah yang pasti
 itulah destinasi,

Jauhnya perjalanan hanya sendiri
meninggalkan desa keluarga tecinta
hanya pengorbanan untuk menagih sesuap 
ilmu meniti kasih jejak khalifah.