‘Semoga
dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat’’
Jawapan
begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin
baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukn suami yang soleh. Tetapi,
apakah suami yang diidamkan itu ,benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk
apa yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga selepas doa’ mungkin sudah dimakbulkan Allah.
Lelaki yang
soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutan kepada Allah ialah mengerjakan
solat. Jadi lelaki akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa
isterinya solat, sedangkan sebelum kahwin dia kita mahukan yang soleh. Sedang
si isteri sedap tidur diwaktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajjud. ‘’apalah
suamiku ini?’’ runggut si isteri, dulu si gadis mahukan si soleh, tetapi selepas
dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajjud, dia marah2 pula.
Lelaki
yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajipkan wanita tutup aurat. Jadi suami
yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka
hati. Atau berhias dan bermekap tebal.
Suami yang soleh akan memastikan isteri tutup aurat, Tetapi ada isteri kurang senang
dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang
soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya! Suami
yang soleh tidak akan duduk dirumah sahaja-‘berada dibawah ketiak isteri sepanjang
hari’. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh.Dia akan
sentiasa keluar untuk berjuang, sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga
kadang2 balik lewat malam. Ini lagi
tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.
Lelaki
soleh juga menjadikan masjd sebagai ‘rumah ke2nya’. Ini pun wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid
aje, kata mereka.
Lelaki
yang soleh amat taat kepada ke2 ibu-bapanya.Malah baktinya
kepada ke2 ibu-bapa melebihi kepada isteri.
Ini menyebabkan sesetengah isteri cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh
(amat taat kepada ke2 ibu-bapanya) bila dapat,
anda marah pula! Macam mana doa anda dulu??
Lelaki
yang soleh juga tidak hidup bermewah2. Wangnya
yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Diapun takut terima rasuah dan segala macam
duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang2 yang mewah separti rumah besar,
kereta besar dan rangtai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini
pun adai steri yang tak gemar, jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka
pula sikapnya.
Lelaki
yang soleh hanya mahujauhkn diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah
satu perkara yang halal ialah kawin empat. Ini memang mana2 perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. bukankah dulu anda mahukan lelaki
yang soleh??
Demikian banyaknya perkara tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh . berdasarkan kriteria yang dibincangkan
di atas, Jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si
isteri tak perlulah megeluh, sebaliknya bersyukur kerana mendapat suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan
Allah. Ingatlah, (isteri2 Rasulullah S.A.W sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia kesenangan)
atau akhirat. Akhiranya mereka memilih akhirat.
…. Insan: akhi Faqierullah...
~~***~~
_______________________________________________________________________________
~~***~~
Agenda mencari yang soleh. Jangan pula hanya sibuk mencari yang soleh tapi perlu juga cuba untuk menjadi yang solehah, jangan pula sampai merendahkan harga diri jika hanya ingin mencari cinta yang tidak halal, berkenalan jika hanya suka2 itu hanya sia2, dan menyebabkan cinta nafsu, lagi menuju ke arah zina, zina mata dan zina hati...tapi jika betul2 serius dan sudah bersedia mendirikan masjid maka xsalah untuk berkenalan, dan nyatakan hasrat dihati melalui orang tengah....wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment