
*Ingin sekali aq merindui pada jarak ini dengan segenap jiwaku,
*Ingin sekali aq menyatakan isi hati ini padanya dengan kebenaran,
*Ingin sekali aq menuju syurga dengan keredhaanya
*Sesungguhnya dialah ibuku yang menjadi penenang hati, pengubat jiwaku dikala aq memandangnya..
Tak salah merindui pada yang berhak, tak salah mengasihi pada yang memerlukan, tiadalah salah menyatakan pada yang sudi mendengar,
Tapi yang paling berhak atasku dan sesungguhnya dialah Ibuku, bagaimana kasih yang ibu harapkan, mampukah aq mengasihani ibuku sebagaimana ibu mengasihiku, mungkin seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anaknya tapi mampukah sepuluh orang anaknya menjaga seorang ibu, itulah yang menjadi persoalan. Dan pada hari ini, di zaman ini, yang menghampiri pengujungnya, tanda-tanda kiamat sudah menghampiri........mungkin tiada siapa yang menyedari kerna terlalu keasyikan dengan dunia, dan amat jelas ramai anak-anak yang menderhakai ibu,
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Sayidatina Aisyah yang bermaksud: ''Aku pernah bertanya kepada baginda, ''siapakah yang paling berhak ke atas isteri? ''Baginda menjawab: ''Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya. ''Kemudian aku bertanya lagi, ''Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami? ''Baginda menjawab: ''Orang yang paling berhak ke atas suami ialah ibu kandungnya. ''(Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim).
Itu adalah jawapan kepada wanita-wanita bertanya. kenapa hanya isteri yang wajip taat kepada suami, tapi sebaliknya suaminya juga perlu taat kepada ibunya.....sebagaimana seorang wanita apabila berkahwin secara automatik keredhaan-Nya terletak pada pada suaminya, manakala seorang lelaki ataupun suami tetap dan tak akan berubah kerana keredhaan-Nya hanyalah terletak pada seorang ibunya yang kandung....wallahua'lam.....
No comments:
Post a Comment