''Selama ini mungkin kita tidak pernah menyedari bahawa sebenarnya cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini, cuma kita sendiri yang tidak pernah menyedari akan kehadiranya''.........satu kisah menarik untuk perkongsian bersama....
_____________________________________________________________________
Soalan:
Saya
sudah berkahwin selama 8 tahun dan dikurniakn anak perempuan…selama tempoh
perkahwinan tu saya tak menemui cinta yg saya harapkn seperti mana pasangan
lain,hidup saya kosong sampai sekarang dan saya masih mencari dalam diri saya
apakah masih ada cinta untuk saya nikmati dan rasai…dan apekah yg perlu sy
lakukan bg mengelakkn cinta sy berubah pd perkara yg salah?
Terlebih dahulu saya
ingin memohon maaf jika saya tidak memberikan jawapan yang sesuai, tetapi saya
sediakan sebuah kisah yang mungkin berkaitan dengan anda (dipetik dari
internet). InsyaAllah…Silalah membacanya:
Cinta Yang Pada Suami Yang Semakin Pudar
Suami saya adalah
serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya
mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah
menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan
benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis
seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang
saya harapkan. Rasa
sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang
romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap
cinta yang ideal.
Suatu hari, saya
beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang
tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan
sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya
semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya,
apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh
lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan
menjawab dengan perlahan.
“Siti ada 1 soalan,
kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran
Siti.
Seandainya, Siti
menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu
jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan
lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan
akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus
gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan
saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang
berisi susu hangat yang bertuliskan…
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi
izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program
didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan
jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan
Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar
dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan
membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang
setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan
Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar
yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik
untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri
pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian
Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu
lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk
itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak
cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan
mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke
atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap
berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah
ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar
sana menunggu jawapan Siti.”
“Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun.. Segera
mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu,
tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari
hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak
pernah kita bayangkan sebelum in
Semoga kisah ini dapat
sedikit sebanyak memberi panduan dan menjawab soalan yang dikemukakan..