Bersyukurkah aku sebagai hamba-Nya, tiada siapapun pernah memikirkan bagaimana jika sekiranya jika kita sendiri tidak pernah mengunakan dan mengambil manfaat yang diberikan pada kita....diantara salah satu nikmat yg Tuhan berikan pada manusia iaitu nikmat angota tubuh badang yg lengkap, cukup kesemuanya kedua belah kaki, tangan, mata, mulut,telinga, dan hidung dan banyak lagi...tapi bersyukurkah aku sebagai insan yang kerdil ini, betapa tidak bersyukurnya...
Betapa manusia
itu tidak bersyukur, Pernahkah kita mengunaknnya untuk jalan kebaikan, pernah
tak kita ringankan tulang kita untuk jalankan kerja dakwah, menjalankan tanggunjawap sebagai muslim,
jika kita Tanya pada kaki kita berapa banyak sudah tempat maksiat yang telah
kita lewati...tapi bukan pada tempat majlis2 ilmu, tempat2 ibadah tambahan lagi
rumah Allah...beratkah kaki kita untuk melangkah ke rumah Allah...beratkah kita
menjalankn ibadah sebaga seorang muslim...tak malukah kita pada Allah.
Betapa manusia itu
tidak bersyukur, terkesan dihati bila melihat seorang pak cik arab yang kudung kakinya,
yang sudah separuh umur....beliau masih lagi gagah untuk ke masjid menjalankn tanggjawap
sebagai seorang muslim..dengan hanya memakai kaki palsu serta bertongkat...yang
pastinya mungkin disebabkan insiden atau apa2 jenis penyakit, satu andaian
terasa malunya pada diri sndiri, kerana diri ini tidak pernah mensyukuri akan
nikmat-Nya.....
Ditambah bila solat
bersebelahan dgn pakcik itu, terasa ingin mengalirkan air mata ini, bukan kerana
sedih dengan keadaan pak cik itu, tapi kerana iman pada diri tidak sekuatnya.lemahnya aku sebagai insan ini…..
Masihkah ada
lagi insan2 yang hatinya terpaut dengan masjid.
Hari Jumaat 4/5/2012
No comments:
Post a Comment