Lama sudah syawal berlalu, ramadhan telah pn meningalkan ak, ku sedari istiqamah itu bukan pada sebutan tp pada perbuatanya. Peluang itu mungkin hanya sekali, terasa rugi jika hanya sedikit manfaat yg dikutip dari satu peluang itu.
Dan syawal ini lebih banyak dukanya dari kegembiraan, terasa kekosongan. Rasa rindu hanya Tuhan yg tahu.
Hari in ak masih seperti dulu tak pernah berubah, ku cuba untuk berubah tp betapa ku gagahi diri akhirnya ku rebah jua...adakah dinamakan perjalanan jika tanpa halangan....perjalanan tidaklah semudah yg disangka, dan ku cuba mengejar waktu itu tp apakan dayaku akhirnya waktu itu berlalu begitu sahaja.
Ku cuba menjadikan mimpi itu satu impian, tapi sememang ianya mimpi yg tak pernah menjadi nyata, dan adalah impian itu menjadi nyata jika ak tak pernah berputus asa.
Sekadar mengejar kasih insani tp tidak kasih Ilahi, akhirnya ku kecundang jua, ku terlalu mengharap pada yg tak pernah kekal, sedangkn kasih dan rahmat-Nya kekal dan melebihi dr segala2 nya.
Ku cuba untuk menjadi diriku sendiri, bukan hanya ikut-ikutan, biar apapun orang katakn. Kerana inilah diriku.
Bukan perjalanan jika tanpa destinasi,
Bukan hati jika tanpa perasaan,
Bukan cinta jika tanpa kasihnya,
Bukan rindu jika tanpa duka,
Bukan kebahgiaan jika tanpa penyatuan,
Bukan racun jika tanpa penawar,
Bukan namanya hamba jika tanpa-Nya Pencipta,
Dan bukanlah manusia jika tak pernah kamu rasai semua itu...
No comments:
Post a Comment