Aku kurang bersyukur dengan nikmat-Nya,
sudah cukup apa padaku sekarang ini tiada apa yang aku perlukan lagi,
Kehidupan dipenuhi ujian, bila digelar
hamba Tuhan menguji dengan kemiskinan, Tuhan menguji dengan kekayaan harta,
Aku tidak minta untuk menjadi kaya juga
miskin tapi cukuplah sedikit, adanya sekadar untuk aku menyukurinya,
Ku sedar aku ini masih lagi miskin amalku,
andai Tuhan mengkayakan aku maka kayakanlah aku dengan amal akhiratku, moga itulah
bekalku disana,
Oh ibu, oh ayah, tidak ku pinta harta bergunung
darimu tapi ku pinta hanyalah kasih dan sayang untukku, tak terbalas kasih ayah
dan ibu, hanya amalku, hanya doaku, hanya kebaikanku pasti sampai,
Oh Tuhan, jauhkanlah hamba dari
kepalsuan dunia, kerana dunia adalah kepalsuan yang manis manakala akhirat
adalah kebenaran yang pahit,
Andai lagi aku bersyukur pasti
Rahmat dan Kasih-Nya Tuhan tak pernah putus,
Andai amanah itu ringan tak terasa
pada bahuku, Tuhan lebih tahu kemampuan pada hamba-Nya, mampukah aku, kusedari
Tuhan menguji pada apa yang kumampu.
Bukan kerana Tuhan tidak memberikan
kesenangan, tapi kerana kepahitan dunia sendiri adalah kenikmatan di akhirat.
Belajar
sabar di atas kesusahan,
Belajar
Redha di atas ketentuan,
Belajar syukur
di atas pemberian-Nya,
No comments:
Post a Comment