September 28, 2012

Tak sama apa yang sahabat lihat & rasakan


Walaupun seorang kawan tak pernah mengatakan padaku ‘’kau adalah sahabatku,’’ tapi kita tetap adalah kawan. Tidak semestinya kita perlu berjumpa dengannya sepanjang masa, walaupun di kejauhan hubungan kita tetaplah seperti dahulu……jarak dan masa mungkin akan berubah…….kita bersaudara atas nama islam, bersaudara sesama islam, sesama akidah. Apa salahnya betulkan niat bersilaturrahim kerana mencari redha Allah. Tanpa kawan siapalah boleh hidup seorang diri. Kawanlah yang menceriakan kita disaat kesedihan, kawanlah yang menolong di saat kesusahan. Yang menjadikan siapa kita dgn siapa kita berkawan……

Mungkin ramai antara kita yang mengharap untuk mendapat seorang sahabat yang baik, ambil tahu hal kita, lebih lebih lagi sahabat yang dapat memahami diri kita, tapi dalam masa yang sama kita lupa untuk mulakan dahulu yaitu kita yang patut ambil tahu hal keadaan sahabat kita, kita yang perlu menjadi baik, kita yang perlu lebih memahami sahabat kita, kita juga yang patut berkorban untuk sahabat kita……berkorban masa, harta, hanya untuk kebahgiaan sahabat kita….bila bertanya pada diri dapatkah kita lakukan semua itu…….

Terkadang susah untuk memberitahu sahabat kita apa yang kita perlu, dan apa yang kita rasakan, kekadang apa yang kita hadapi atau masalah kita mungkin hanya kita sahaja yang tahu…. Begitulah jua masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh sahabat kita, mungkin tidak sama dengan kita mungkin masalah sahabat kita lebih berat dan lebih sulit dari pemasalahan kita……. kerana itulah adanya sahabat kita yang lebih berahsia, ada suka berterus terang………..tapi ianya tidaklah semudah yang disangkakan......

“Sebab itulah apa yang kita rasakan tidak sama dengan apa yang orang lain lihat, dan apa yang kita lihat tidak sama dengan apa yang orang lain rasakan.”

Adakalanya kita tidak sefahaman dengan sahabat kita, bukan salah sahabat kita, mungkin kita yang tidak cuba untuk memahami kerana kita selalu ingin cuba untuk memenangi……...perbalahan bukanlah jalan penyelesaian maka itu hendaklah berbincang sesama sendiri…………perlu mencari jalan penyelesaian…..

Kita sebenarnya sudah punyai sahabat yang setia untuk membantu kita, Cuma kita sendiri yang tidak pernah cuba untuk menghargai sahabat…………

No comments:

Post a Comment