October 5, 2012

Hanya Yang Mengenal Erti “CINTA”



Bila bicara tentang cinta ada yang tersenyum sendiri, dan ada yang tersipu malu. Mungkin hamba ini tidak pernah mengenal erti cinta juga mungkin tak pernah alami perasaan cinta, walau apapun cinta itu tetap hadir dalam diri cuma tanpa disedari, sedangkan untuk mendapat cinta yang selayaknya, iaitu cinta agung lagi mulia, untuk itu hanya perlu cinta kepada Sang Pencipta ALLah dan Kekasih-Nya MUHAMMAD, itu adalah cinta yang kekal abadi.
Ramai diantara sahabat-sahabat berbicara tentang soal cinta tapi lebih kepada cinta insani, boleh dikatakan itu adalah fitrah manusia, manusia normal la tu. Semua insan ada cita-cita, ada perasaan, tapi cukuplah sekadar di pendamkan di dalam hati. Sekadar menanda seseorang yang kita sukai adalah bukan menjadi kesalahan, tapi pada hari boleh dilihat, begitu jelas sekali kerana rasa cinta itu telah disalah ertikan.

Yang disalah ertikan itu adalah cinta insan yang tidak halal, yang bukan hak miliknya, sedangkan cinta adalah suci. Dengan pernikahan itulah yang dinamakan cinta yang suci, setelah diijab kabulkan. Islam agama yang suci dan telah memberi aturan yang betul serta tidak menyusahkan umatnya.

Dan pada hari ini dimanakah kesucian itu, dimana ikhtilat? Senang-senang meletakkan seseorang itu adalah kekasih tanpa ikatan yang halal, saling berbalas sms, bertemu mata bahkan berpegang tangan tanpa rasa malu sedikitpun. Saling merindui yang bukan haknya, alangkah indahnya jika yang dirindui itu adalah yang halal bagi kita.

Sebagai manusia biasa tiada sesiapa yang dapat menghindarkan diri dari mencintai seseorang meskipun seseorang yang belum kita kenali, sekiranya kita sudah bersedia dari segenap sudut maka seharusnya kita perlu lebih bersikap serius, yakin pada diri dan mengharap Redha Ilahi.

Perkataan cinta dibanyak ertikan, adakah cinta buta, cinta kerana nafsunya, Cinta kepada Pencipta ataupun cinta kepada makhluk, cinta juga adalah pengorbanan, adakalanya cinta memerlukan pengorbanan untuk untuk orang yang kita sayangi, untuk ibu dan ayah, juga sahabat.

Sesuatu yang kita tidak jangka akan terjadi pada diri kita sendiri, bagaimana jika suatu hari nanti sahabat yang paling akrab dengan kita akan menikah dengan orang yang kita paling sayangi atau cintai selama ini, itulah yang kita perlu korbankan.

Walaupun Jauhnya perjalanan yang telah kita jelajahi untuk mencapai cita-cita tapi terkadang bersama jua cinta yang kita kejarkan bukan menyalahkan pada cinta tapi pada diri sendiri. Haruskah terleka hanya kerana cinta. Ramai yang menyuruh “Kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta”, tapi hakikatnya cinta dan cita-cita tidak boleh dipisahkan, itu kerana ada di antara sahabat yang mengatakan cinta itu terkadang boleh membawa perubahan, ajaibkah cinta….?  Hanya yang mengenal erti cinta……

No comments:

Post a Comment