October 17, 2011

Layakkah ak sebagai anakmu?

    Buatmu ibu dari anakmu...kasihmu tak mungkin ku lupakan... cuma kadang2 ak khayal dalam arus duniawi...tatkala nasihatmu menjadi titisan hangat ditelingku... tatkala ak lupa nasihatmu...dosakah ak sebagai anakmu ibu? Ak merintih,menangis,mengenangkan diri ini....
Layakkah ak menjadi anakmu? Kau sentiasa mendoakan kesejahteraanku....doamu tak pernah putus walau ak lena dalam tidurku.....solatmu sentiasa berakhir dengan doa untukku....suaraku tak pernah hilang ditelingamu...kasih sayangmu tak reput ditelang zaman....

Namun.....anakmu ini sering lupa akan itu.........leka......layakkah ak menjadi anak mu?

Bila berjauhan tidak dapat kutahan air mata ini menitis tatkala ak rindu,terkenangkan mu...
Ibu...
kasihmu sungguh murni tak tebanding kasihku untukmu... layakah ak dipanggil anakmu......... tatkala ak bersedih......   kau sentiasa disisi,menenangkan peteramu ini...tatkala ak menangis,meratapi kehilangan permainanku,kau sentiasa disisi memujukku....tatkala ak membentak mahukan sesuatu tanganmu pantas mencarinya untukku......mampukah ak melakukan semua itu tatkala kau pula memerlukanku?
Jika tidak layakkah ak menjadi anakmu ibu?
Ibu..............
Mengapa nasibmu sebegini?   Mendapat anak sepertiku?

Adakah ak ini tergolong di kalangan anak yang soleh dan taat kepadamu?    layakkah ak dipanggil ankmu ibu?   
Ibu sudikah kau menerima ankamu ini....?   

Ku sesali diri ini...semakin melupakanmu....
Kata-katamu sering menenangkanku suatu ketka dahulu..menyejukkan hati yang sedang gundah gulana......memadamkan api yang sedang marak menyala... Menyapa air mata yang bergelinang dipipiku.....kini,tatkala ak telah dewasa.....ak mula lupa akan kata-katamu nasihatmu kulempar.....
kasihmu kubiar terapung di lautan.......panggilanmu kusahut dengan amarah......
....Ibu...
Layakkah ak dipanggil anakmu......maafkanlah anakmu ini maafkan dosa anakmu ini.....ak tak mahu digelar si langgang.......disumpah menjadi batu kerana derhaka padamu.....

Derhakakah ak ibu?    Ku sujud mohon ampun darimu ibu....
Syukurku panjangkan kerana ak masih berpeluang menemuimu lagi......syukur kuucapkan kerana ak masih berpeluag memelukmu lagi......syukur kulafazkan kerana ak masih berpeluang merasa kasih sayangmu lagi......namum layakkah ak menjadi anakmu ibu?


Kasihmu sungguh suci.....sayangmu sungguh murni......
Nasihatmu amat bererti bagiku .....
Ya Allah Kau tetapkanlah ak dijalanmu.....agar ak tak lupa asal usulku.....moga ku tak lupa siapa yang membesarkanku......moga dirimu,Ibu kan kekal dihatiku.....
Ibu akanku gembirakanmu, akanku tebus kesilapanku...akan ku kikis salutan yang menutup pintu hatiku selama ini...akanku campak bisikan syaitan yang ingin mengoda anakmu ini....semuanya untkmu ibu...Sudikah kau memafkan anakmu ini?
....Ibu.....


Sebuah lagu untuk mu ibu....
Ibu..... berkenang air mataku terbayang wajahmu yang redup sayu,kudusnya kasih yang engkau harapkan bagaikan lautan yang tak bertepian biarpun kepahitan telah engkau rasakan,tidak pun kau rasa jemu....mengasuh dan mendidik kami semua anakmu.....dari kecil hingga dewasa....

Hidup mu kau korbankan untukku,tak dapat kubalasi akan semua ini.............semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu...

Ibu kau ampuni dosa-dosaku andainya pernah menghiris hati mu......restumu yang amat ak harapkan kerana disitu terletak syurgaku.......

Tabahnya hatimu melayan kenakalan anakmu ini, mengajarku erti kesabaran.......kau bagai pelita dikala aku gegelapan menyuluh jalan kehidupan............kasih sayangmu sungguh benilai.......itulah harta yang kau berikan......

Sentiasa dalam doa ku pohon kesejahteraanmu,semoga di syurga tempatmu.....dan bahagia di dunia dan di akhirat......amin...

.....Dari anakmu.....

No comments:

Post a Comment