October 23, 2011

Iradah dan Kudrat Allah

Bismillahirrahnirrahi……...
         sungguh ak katakan apabila diuji,tahap kesabaranku pasti teruji dan juga pasti akan timbul prasangka yang tidak baik,dan pada masa tertentu ak pasti menerima kegagalan,putus asa dan kecewa apabila mendapat kesusahan……………………………….. tapi ketahuilah sesungguhnya Allah itu Maha Adil,Pengasih dan lagi Maha Penyanyang, ‘’Sesugguhna Allah tidak berbuat zalim kepada manusa sedikitpun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri’’……………tidak dapat tidak ak tak boleh lari dari berbuat silap,mugkin kerana dosaku yang lalu…….dan mugkin juga kerana ak ini tidak bersyukur dengan nikmat yang di curahkan-Nya kepadaku….
        Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata bahawa ada ujian untuk kesabaran,ujian untuk bersyukur,ujian untuk memberi petunjuk,ujian sebagai cubaan,ujian sebagai hukuman,ujian untuk memajukan diri,dan ujian agar mendapat pahala…….Menurutnya lagi,siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah,maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya…..
        Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:’’Dan demi sesugguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang2 yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan kami tentang adanya orang2 yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang2 yang sabar (dalam menjalankan perintah kami) kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita2 tentang keadaan kamu…..’’                                  (Surah Muhammad ayat 31





(Iradah dan kudrat Allah)
          
           Iradah adalah kehendak Allah dan kudrat adalah kuasa mahupun keupayaan bagi merealisasikan kehendak itu.dengan iradah kudrat inilah Tuhan menetapkan takdir manusia.segala yang ditetapkan…’’

         Bentuk takdir yang tersurat itu adalah seperti rezeki kita,jodoh kita,dan ajal kita,kita perlu sedar sekuat manapun usaha dan ikhtiar kita namun natijahnya hanya Allah sahaja yang berhakmenentukan jika kita lalai,kita akan mudah dibelenggu kekecewaan.sebaliknya jika kita mengerti bahawa segala usaha dan ikhtiar kita akan ditentukan Allah,pasti kita akan reda dan mampu menerimanya dengan lapang dada…….
         Berlapang dada itu bukanlah suatu yang mudah,contohnya jika Tuhan menarik seseorang yang kita cintai,samaada mematikan atau memisahkannya dari kita. Pasti kita akan dihenyek rebut emosi.Mugkin sahaja diri kita melatah andai kesabaran kita hilang ataupn kita pasrah,tp ia bukanlah suatu yang mudah…!!
        Kita harus yakin,setiap ketentuan Tuhan terselit hikmah. Keadilan Tuhan kadang-kadang tersembunyi dan sukar dimengerti. Namun percayalah,Tuhan tidak pernah menalimi hambanya.Tidak pernah sama sekali..
        Memang sukar untuk melihat akibat sesuatu perkara.Ia tidak mampu diyakini dengan semena-mena……bukan mudah,namun jika seseorang yang berfikir,kita pasti akan menemukannya..
        Tidak ada suatu perkara baik yang berlaku melainkan ada juga keburukannya.Begitu juga sebaliknya.Ia bergantung pada individu yang merasai dan cara mereka merasainya….
       Sebagai contohnya: Hujan,adakah ia suatu yang baik? Ya hujan adalah rahmat,tapi adakah setiap kali hujan turun ia membuatkan kita gembira? Semestinya tidak juga, kerana ada waktunya,hujan menyebabkan kita tidak mampu keluar rumah dan meneruskan aktiviti biasa.Ada kalanya hujan itu menyukarkan kita menyidai pakaian basah untuk dikeringkan….
       Itu maksudnya.Hujan itu perkara yang baik,ia adalah rahmat dari langit,namun kadang-kadang yang baik itu juga memberi kesukaran pada sesetengah orang….
   
       Bagaimana pula dengan penyakit?adakah kita suka ditimpa dengan penyakit?....Sudah tentu tidak,sakit itu bukan sahaja tidak suka,malah minta dijauhi...
       Adakah kita sedar bahawa penyakit itu menkifarahkan dosa-dosa kecil dan mengangkat martabat seorang manusia? Penyakit jugalah yang menyedarkan manusia betapa besarnya nikmat kesihatan. Akibat titimpa penyakit,dosa manusia disucikan jika dia dengan penyakitnya.Dengan penyakit juga,manusia direhatkan seketika dan mempunyai ruang bertafakur…..
       Ini bermaksud.Orang yang ditmpa sesuatu kesakitan sepatutnya bersyukur kerana Allah masih mahu dosan-dosanya diampunkan dan masih mahu dia (Tawaqquf) seketika dari mengejar dunia….
       Itu semua adakah perumpamaan antara buruk dan baik.Tidak semestinya yang baik pada seseorang itu akan tetap baik pada seorang yang lain.Namun ,yakin dan percayalah bahawa setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi……………..

       Jika kita mengerti soal ini ,kita tidak akan bersangka buruk lagi pada Allah…..dan kita hendaklah menjadi manusia yang sabar dan reda dengan letentuan-Nya…..Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment