Alhamdulillahirabbilalami segala puji bagi ALLAH yang menguasai sekalian alam....dan berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W........sekali lagi dirku bersyukur dengan segala nikmat dan limpah kurnia rahmat-Nya......kerana masih diberi kesempatan ini untuk masih terus bernafas dengan izin-Nya......mudah-mudahan dengan segala kemudahan dapat sama-sama memperbayakkan amalan......
cepat sekali.. waktu itu berlalu....ia upama pedang yang memotong, jika ak lambat bertindak ia akan terus memotongku....dan juga Masa Itu Emas..... begitu berharga sekali...jika terlepas maka amat rugilah......teringat beberapa 2 pesanan dari Iman Al Ghazali: * Benda yang paling jauh ialah WAKTU LAMPAU, yang mana masa itu tak boleh diundur lagi dan akan belalu begitu sahaja....* Dan benda yang paling dekat itu ialah MATI....tidak kira cepat atau lambat tapi yang pasti ianya akan tiba....ajal di tangan Tuhan, dan malaikat maut boleh mencabut nyawa seseorang itu pada bila-bila masa sahaja......
Pejam celik tidur bangun.....siang berganti malam,tahun berganti tahun,musim berganti musim...... tanpa ak sedari Sekarang genaplah umurku "wahid waisyrun".....umurku bukan bertambah tapi sebenarnya semakin berkurang....kerana semakin tua semakin pendek umur seseorang itu............sesetengah orang hapy bila sambut birdy...tapi mereka lupa.... Ya, lupa untuk buat amal kebaikan ketika di masa muda,apabila dah tua nanti tentulah dah tak larat nak buat amal termasuklah ak,manusia sentiasa buat silap,takde sape pun yang tak pernah buat salah.....
Pada 29/1...0 Dan sekali lagi ak bersyukur.....dan mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu-bapaku terutamanya ibuku yang melahirkan ak di dunia dan telah mendidikku,mengasuhku,membesarkanku,dan mengajarku erti kehidupan,betapa besar kasih sayang yang dicurahkan dari seorang ibu kepada anaknya dan juga erti pengorbanan seorang ayah dalam mencari nafkah,keringatnya..."kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" yela ak bukannya orang senang,tidak ak harapkan harta mereka....tapi kasih sayang mereka itulah yang berharga bagiku yang mana tak terbalas, tak dapat ku ganti dengan wang ringgit, hanya doa, dan menjadi anak yang soleh yang dapat membahagiakan mereka,dan menyeyukkan hati mereka.....mudah-mudahan ak tergolong di kalangan tersebut......tanpa mereka siapalah ak.....sentiasa ak memohon kemaaf kepada ibu- ayahku,diminta halal makan minumku......maafkan diriku andai ak buat silap dan salah.....
No comments:
Post a Comment